Monday, 19 March 2012

...

Mikroorganisma

Adakah anda tahu mengapa makanan menjadi busuk?Mengapa kita menjadi sakit?Terdapat benda hidup yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.Mereka boleh dijumpai dimana-mana sahaja.Mereka ada di sekitar anda,badan anda dan juga di dalam badan anda!Bolehkah anda menamakan nama mereka?Adakah mereka ini berguna atau berbahaya?


Semua benda hidup dijadikan oleh Tuhan.Manusia,haiwan dan tumbuhan adalah benda hidup.Mereka berbeza dalam saiz dan boleh dilihat dengan mata kasar.Namun begitu,terdapat hidupan kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan sebuah mikroskop.Mereka dipanggil MIKROORGANISMA.

Jenis-jenis mikroorganisma

1.Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma. 2.Mikroorganisma-mikroorganisma tersebut adalah:
(a)bakteria (b)virus
(c)kulat (d)protozoa

Protozoa

1.Kebanyakan protozoa hidup dalam air seperti kolam,sungai dan tasik.

2.Contoh protozoa ialah ameba dan paramesium.

3.Sesetengah protozoa makan mikroorganisma lain seperti bakteria.

ameba


paramesium

Kulat

1.Contoh kulat ialah kulapuk dan ragi(yeast).

2.Kulapuk terdapat pada makanan yang busuk,roti yang berkulat,pokok dan pada lantai hutan.


mushroom


ragi

Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain. Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan. Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menginges makanannya, serta mempunyai dinding sel. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri, iaitu alam Kulat.

Ahli mikologi (ahli sains yang mengkaji kulat) mempercayai bahawa kulat adalah monofoli — iaitu semua jenis kulat datangnya daripada leluhur yang sama — kerana kesemua kulat mempunyai kitin di dalam dinding selnya dan merupakan heterotrof berdaya serap, selain daripada ciri-ciri serupa yang lain.

Virus

1.Virus adalah mikroorganisma yang paling kecil.

2.Virus hidup dalam manusia,haiwan,bakteria,kulat dan protozoa.



Virus hidup ataupun tidak?

Virus menawan sel perumah untuk memenuhi pusingan hidupnya iaitu menghasilkan lebih banyak zarah virus. Virus berada diantara kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. Virus boleh membiak dan mewarisi sifat generasi sebelumnya, tetapi bergantung kepada enzim perumah, dan boleh dikendalikan seperti molekul biasa (contohnya boleh dihablurkan). Sama ada virus hidup atau tidak, mereka merupakan parasit obligat dan tidak mempunyai kemampuan untuk membiak sendiri. Seperti kebanyakan parasit, mereka memerlukan perumah yang tertentu, misalnya sesetengah virus hanya boleh membiak dalam spesis tertentu tetapi sesetengah yang lain boleh membiak dalam pelbagai jenis spesis.

Bakteria

1.Bakteria adalah sangat kecil.

2.Bakteria mempunyai bentuk,saiz dan warna yang berbeza.




Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia, dan sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air, dan sebagai simbion bagi organisma yang lain. Banyak patogen adalah bakteria. Kebanyakannya amat kecil, biasanya hanya 0.5-5.0 μm pada ukuran yang paling panjang, walaupun bakteria gergasi seperti Thiomargarita namibiensis dan Epulopiscium fishelsoni boleh bertumbuh melebihi saiz 0.5 milimeter. Secara amnya, bakteria mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat, tetap dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau kitin (seperti untuk kulat), dan tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain.

Biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan sejuta sel bakteria di dalam satu mililiter air tawar; keseluruhannya, terdapat kira-kira lima nonilion (5×1030) bakteria di Bumi, membentuk biojisim di Bumi, yang melebihi kesemua tumbuhan dan binatang. Bakteria adalah penting dalam kitar semula nutrien, dengan banyak langkah dalam kitar nutrien bergantung pada organisma ini, seperti pembaikian nitrogen dari atmosfera dan kereputan. Walau bagaimanapun, kebanyakan bakteria tidak dicirikan, dan hanya kira-kira separuh filum bakteria mempunyai spesies yang dapat dikulturkan di dalam makmal.

Mikroorganisma bergerak

1.Kita dapat melihat mikroorganisma bergerak melalui mikroskop.

2.Sesetengah mikroorganisma mempunyai struktur seperti ekor yang membantu mikroorganisma bergerak.

3.Mikroorganisma menggunakan struktur ini untuk berenang di dalam air.

4.Sesetengah mikroorganisma mempunyai banyak rerambut halus.Rerambut ini membantu mikroorganisma bergerak.

Mikroorganisma bertumbuh

1.Apabila kita membiarkan sepinggan nasi selama beberapa hari,nasi itu akan diselaputi oleh tompok-tompok putih.

2.Tompok-tompok putih itu sebenarnya adalah kulapuk atau kulat yang tumbuh di atas nasi.

3.Kulapuk akan menjadi semakin besar selepas beberapa hari.

4.Hal ini menunjukkan bahawa mikroorganisma bertumbuh.

Mikroorganisma bernafas

1.Ragi adalah sejenis mikroorganisma.

2.Ragi adalah sejenis kulat.

3.Kita menggunakan ragi untuk membuat roti.

4.Apabila ragi bernafas,ragi akan membebaskan gas karbon dioksida.

5.Gas karbon dioksida menyebabkan adunan roti naik.

6.Hal ini menunjukkan bahawa mikroorganisma bernafas.

Kegunaan mikroorganisma

1.Sesetengah mikroorganisma adalah berguna kepada kita.

2.Mikroorganisma digunakan dalam pembuatan

(a)roti (b)tempeh

(c)baja (d)tapai

(e)dadih (f)keju

Kesan negatif mikroorganisma

Sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya.Mikroorganisma-mikrorganisma ini boleh menyebabkan...

(a)keracunan makanan(sakit perut,muntah-muntah dan cirit-birit.

(b)makanan bertukar menjadi basi

(c)penyakit(merebak melalui bersin dan batuk,makanan,sentuhan dan pembawa seperti nyamuk,burung dan lalat.

(d)gigi reput

Thank You

Terima kasih kepada rakan-rakan,ibu bapa serta insan yang secara langsung atau tidak langsung membantu saya melakukan blog ini dengan jayanya sekali.Semoga blog ini dapat membantu dan menambah ilmu anda untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes